Nuff

Blogger2

2009-05-27

Wanita Bujang Harus Menyusu Anak Angkat???

Petikan ni diambil daripada wordpress....
Harap ianya menjadi info yg berguna untuk kita semua.....


SAYA seorang wanita bujang berumur 47 tahun yang bekerjaya. Saya tidak berkahwin kerana ada beberapa masalah peribadi dan ia bukan kehendak saya. Dalam umur yang sudah mendekati senja, saya berasakan peluang untuk berkahwin amat tipis. Saya berhasrat untuk mencari anak angkat sebagai pengisi kesunyian.
Baru-baru ini saya mengambil anak angkat seorang bayi lelaki daripada seorang remaja yang terlanjur dan sudah insaf. Saya menasihatkan remaja terbabit supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kini remaja itu sudah kembali ke rumah ibu bapanya dan menyambung pelajaran.

Saya amat bersyukur dengan rezeki Allah. Saya bercita-cita menjadikan bayi lelaki ini sebagai ‘anak saya’ sebenar, agar satu masa nanti tidak timbul masalah ‘mahram’ dan ‘aurah’ apabila dia dewasa kelak.
Saya menghubungi seorang doktor pakar mengenai penyusuan bayi bagi wanita yang belum berkahwin. Katanya, walaupun saya belum pernah berkahwin tetapi perkembangan sains kedoktoran masa kini boleh memberikan sejenis hormon penggalak yang berupaya mengeluarkan susu daripada seorang wanita yang belum berkahwin.
Persoalan saya ialah apakah pandangan Islam dan persepsi budaya Melayu mengenai perkara ini (wanita bujang menyusukan bayi)?

Ibu ingin tahu Kg Tunku, PJ
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISLAM tidak melarang umatnya mengambil anak angkat. Dengan niat dan cara yang betul, memelihara anak angkat boleh menjadi amal salih yang dapat membekalkan pahala berterusan menjangkau ke alam barzakh dan akhirat.

Pengambilan anak angkat oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan dan kemasyarakatan sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah sosia. Dengan kata lain, amalan mengambil anak angkat memenuhi keperluan secara timbal balik dan memenuhi naluri keibuan dalam jiwa setiap wanita.

Namun, tidak semua wanita dianugerahi cahaya mata. Maka, mengambil anak adalah penyelesaian baginya. Dan dari segi yang lain pula ia memberi peluang kepada anak yang tidak mempunyai tempat bernaung kerana kematian ibu bapa, kemiskinan dan sebagainya mendapat pembelaan sewajarnya.

Mengenai hukum wanita bujang menyusukan anak angkat, fuqaha pernah membincangkannya dalam bab – adakah disyaratkan wanita yang menyusukan itu disetubuhi (bersuami) dan mencapai usia tertentu atau tidak?
Ulamak, Mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hambali berpendapat, wanita yang menyusukan bayi itu tidak disyaratkan berkahwin dan disetubuhi. Jika payu dara seorang dara mengeluarkan air susu, dan susu itu diminum oleh bayi, maka berlakulah hurmah (haram berkahwin) antara wanita itu dan kerabatnya dengan bayi itu seperti haram dengan sebab hubungan nasab.

Mengenai usia wanita yang menyusukan, mereka menyatakan disyaratkan usia wanita itu tidak kurang sembilan tahun kerana kemampuan mengeluarkan susu adalah berkaitan dengan kemampuan mengandung dan melahirkan anak. Kanak-kanak bawah sembilan tahun tidak boleh dikatakan sudah mampu (dari segi fizikal) melahirkan anak.
Dari segi persepsi budaya Melayu, apa yang saya perhatikan ia sering berubah-ubah dan tidak semua berlandaskan hukum syarak. Sesuatu yang pada suatu masa dianggap jelek, bertukar menjadi baik pada masa yang lain. Justeru, apa yang penting adalah hukum Allah SWT kerana Dialah satu-satunya yang berhak menentukan halal atau haram sesuatu perkara.

(Jawapan disediakan Oleh Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita JIM. Untuk persoalan dan jawapan bagi isu-isu yang lepas, boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com)

post signature

2009-05-22




Rosnizah Binti Mohd Kusnon, tingkat kecocokanmu dengan pasanganmu adalah kamu pasangan yang sangat cocok. Berikut analisanya :

Kalian adalah pasangan yg sangat cocok karena kamu bisa mengabaikan hal-hal yang negatif pada pasangan kamu dan menjadikan kamu yakin dan berani mengatakan bahwa pasangan kamu (saat ini) adalah yang sempurna dan yang membuat kamu sempurna dan lengkap. You fill me up and you make my life complete.




post signature

Untuk Rosnizah Binti Mohd Kusnon namanya diawal huruf R, berikut ini adalah analisa watak dan karaktermu :


Kamu adalah individu yang selalu menuntut aksi.
Kamu membutuhkan seseorang yang dapat sesuai dengan kamu.

Kamu menghargai pikiran yang baik daripada segi fisik meskipun, ketertarikan fisik tetap penting bagi kamu.

Kamu mungkin tidak menunjukan perasaan cinta dengan jujur, namun cinta adalah sesuatu yang penting untuk kamu.

post signature

Analisis Kasih Sayang....

** BULAN MARCH **


Untuk Rosnizah Binti Mohd Kusnon yang lahir di bulan March
Berikut ini adalah analisis kasih sayangnya :
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.



post signature