Nuff

Blogger2

2011-02-23

Tanda2 Anda Terkena Sihir.....Betul ke ni??

B

etul ke ni?? Jom Baca...

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri

Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.



Credit to tafsirmimpi.wordpress.com



Hukum Cukur jambul Bayi @ Bercukur Rambut......

Persoalan yang kadang2 memeningkan kepala...tp setau aku mmg xwajib..,tp menda ni kadang2 nmpk mcm wajib..apa pendapat korg???

Aku jd serba salah pulak bila orang tanya..." kamu dh buat ke majlis cukur jambul?" atau.."baby kamu dh cukur rambut ke??"

C


amana?? Kalau ikut aku..,mmg aku xnak bb ni di cukur rambut nyer..Khalis dulu pernah buat majlis cukur jambul..tp kali ni aku xnak la buat..dulu dh pernah cukur kali ni xyah la cukur..

Rambut anak2 aku ni mmg jenis rambut halus dn lambat tumbuh...tgk je gambo2 Raissha kat bwh ni, suma rambut ori sejak dlm perut lg...sayang la kalo nak dibotakkan...rasanya tahun depan baru dia ada rambut kalo aku botakkan....






B


agi memuaskan hati, aku pun rajin2 kan lah diri membaca web site2 yang bleh menjawab isu tersebut.....kalo nak tau serba sikit pg la baca kat web ni....

http://www.yussamir.com,
http://shuhmy.multiply.com
http://halaqah.net

kalo ada sapa yang nak bg pendapat pun bleh jugak...apa salah nyer kalo nak kongsi pendapat...tp saya mmg nekad kali ni xmau cukur rambut bb....ok kot kan??