Nuff

Blogger2

2011-10-11

Mari Baca...

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: Baca dan hayati kisah di bawah ini.... Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.



 

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Copy From : FB Liya hanif..By Dunia Mcm2..

post signature

2011-10-07

Penyakit Strok...

Takutnya bila baca artikel tentang Penyakit Strok..merbahaya la sangat..elok juga aku terjumpa artikel ni, bleh jugak share ngan kengkawan dalam blog ni..jom kita baca...




1.Apakah itu strok?

Strok adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.



2.Simptom-simptom strok


1.Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba

2.Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba

3.Sakit kepala yang melampau

4.Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil

5.Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

6.Hilang ingatan.



3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami strok. Bercakap, Lambai dan Senyum


Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.

Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?

Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.

Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!





4.Strok: Masa= Kerosakan Tisu Otak
Sel-sel otak merupakan organ yang paling banyak memerlukan oksigen. Sekiranya oksigen tidak disalurkan ke tisu-tisu otak. Sel-sel otak akan mati dengan cepat dan ini merupakan salah satu faktor utama pesakit-pesakit menjadi lumpuh dan tidak mampu melakukan apa-apa.



5.Diagnosis Strok

Sebelum sampai di bahagian Kecemasan hospital, perkara pertama yang akan dilakukan adalah

dengan mengenal pasti jenis strok yang dihadapi oleh pesakit. Terdapat dua jenis strok dan ia

tidak di rawat dengan cara yang sama. CT scan akan membantu doktor untuk mengenal pasti simptom yang berlaku sama ada disebabkan pendarahan ataupun salur darah yang tersumbat.




6.Ischaemic Strok

Strok yang paling kerap berlaku adalah ischaemic strok. hampir 9/10 pesakit jatuh dalam kategori ini. Penjahatnya ialah darah beku yang menyumbat salur darah di dalam otak. Darah beku mungkin terbentuk serta merta ataupun ia terbentuk di tempat lain.



7.Strok Berdarah

Kurang kerap berlaku tapi peratus kematian disebabkan strok berdarah adalah tinggi. Maka berhati-hati dengan strok jenis ini. Ia berlaku disebabkan saluran darah yang menjadi lemah dan pendarahan di dalam otak sukar untuk berhenti.





8.Strok Mini: Transient Ischaemic Attack

TIA atau transient ischaemic attack boleh dikatakan sebagai warning yang kita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat strok berdarah mahupun ischaemic. Maka bila anda mahupun keluarga mengalami situasi di mana muka terherot dan pengsan yang sementara tanpa melibatkan lumpuh anggota, anda harus kawal darah tinggi anda. Situasi ini berlaku apabila aliran darah berhenti sementara di otak dan pada beberapa ketika aliran darah kembali mengalir di otak.


9. Apa yang menyebabkan penyakit strok?


Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.


10. Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik


Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Termasuklah:

1.Tekanan darah tinggi

2.Tinggi kolesterol

3.Penyakit Kencing manis

4.Kegemukan

Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.


11. Cara hidup yang tidak sihat

Faktor lain seperti merokok, kurang bersenam dan alkohol menyumbang kepada risiko penyakit strok. Maka ubah cara hidup anda.



12. Pemakanan yag tidak sihat

Ketahuilah bahawa pemakanan sangat penting dalam menjamin kesihatan anda. Pemakanan yang berminyak, banyak lemak semuanya tidak sihat untuk badan anda. Makanan yang mempunyai banyak garam juga sepatutnya di elakkan. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur -sayuran. Anda mungkin memandang remeh tentang perkara ini tetapi sekiranya ia berlaku, anda mungkin menyesal dikemudian hari.


13. Faktor risiko yang tidak dapat dikawal.

Terdapat faktor lain yang mungkin diluar kawalan anda seperti keturunan kerana keturunan juga memainkan peranan dalam menyebabkan strok.



 14. Rawatan Kecemasan

Untuk ‘ischemic strok’ rawatan yang paling utama adalah untuk memastikan saluran yang tersumbat tersebut kembali pulih. Untuk strok berdarah, ia mungkin sukar untuk diuruskan kerana darah tinggi, pendarahan dan pembengkakan otak perlu dikawal.




15. Strok pada jangka masa panjang

Ia bergantung kepada doktor untuk memberi rawatan secepat yang mungkin supaya keadaan tidak menjadi lebih memudaratkan. Dan kerosakan strok bergantung kepada bahagian otak di mana strok tersebut berlaku. Perkara yang sering berlaku adalah lumpuh di sebahagian badan atau secara keseluruhan, masalah untuk berjalan, buta, masalah untuk bercakap dan memahami. Segala masalah ini boleh menjadi kekal sekiranya tidak dirawat dengan cepat.



16. Rehabilitasi: Terapi percakapan

Rehabilitasi merupakan cara yang terbaik untuk pesakit kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kepada yang mengalami maasalah bercakap, pakar terapi akan membantu termasuk juga dalam membantu dalam menelan makanan sekiranya pesakit mempunyai masalah tersebut.



17. Terapi fizikal

Lumpuh dan lemah otot adalah kerap berlaku. Terapi fizikal merupakan cara yang efektif untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan otot serta latihan melakukan aktiviti-aktiviti yang kecil seperti menulis, butang baju dan sebagainya.


18. Terapi komunikasi

Sudah pasti apabila pesakit mengalami strok, mereka mungkin mengalami gangguan emosi dan tekanan. Pakar psikologi akan bertindak sebagai kaunselor kepada mereka supaya mereka boleh menghadapi penyakit ini dan berudaha untuk meneruskan kehidupan.


19. Jaga cara hidup sihat anda!

Anda sudah pun tahu mengenai faktor risiko mengenai strok. Maka jagalah cara hidup anda. Cuba untuk berhenti merokok dan sentiasa bersenam. Kalau malas berlari pun anda boleh berjalan. Kurangkan pengambilan alkohol dan garam. Makan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan.



20. Makan ubat yang diberi oleh doktor.

Mereka yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap strok, doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat yang dikenali sebagai ‘ubat cair darah’. Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah tersebut.



21. Pembedahan

Terdapat juga pembedahan yang dilakukan untuk mencegah strok. Tetapi saya tidak pasti sama ada ia ada dilakukan di Malaysia ataupun tidak.



22. Pembedahan ‘balloon and stent’

Prosedur yang dikenali sebagai ‘angioplasty’ boleh juga dilakukan. Ia melibatkan satu bahan di masukkan ke dalam arteri untuk meluaskan saluran darah tersebut bagi mengelakkan ia tersumbat menggunakan ‘balloon’. Tiub besi(stent) kemudian dimasukkan supaya dapat menampung setelah arteri tersebut diluaskan




23. Hidup selepas strok

lebih dari separuh pesakit strok kembali melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa dan mereka sudah boleh menjaga diri mereka. Terapi, rehabilitasi, rawatan yang cepat, dan penjagaan pemakanan boleh membantu pesakit untuk mendapatkan kehidupan yang sihat.


sumber : sini


post signature