Nuff

Blogger2

2011-04-20

Barang-Barang Bukti ~ TTPM

Mari kita tengok Camana Kitaorang boleh menang masa Pendengaran Kes!!!


Lets Check Out Bukti2 Kukuh Kitaorang......



Nampak tak dibawah ni....cer tgk betoi2...ada tulis Full Leather kan??



Ni la bukti paling penting yaitu Bukti bertulis pada Resit Pembelian Kitaorg...cakap2 mulut xpakai yer..dlm law mmg gini kan mesti ada hitam putih....


So kawan2..len kali beli pape just keep the resit elok2 hokey!!even dah bertahun beli, incase terjadi nyer kes mcmni...,kan senang.....time tu xyah nak bertekak bagai...aku ada bukti..heheh ko ada???


Selain tu, Warranty Card juga masih tersimpan rapi...ye la time beli tu kan salesperson tu ckp warranty tuk Full Leather ada 15 tahun..so kami pikir kalo kulit penuh nak tunggu kulit tu rosak mesti kurang2 dah guna 6, 7 tahun kan?? kalo x masakan warranty nyer 15 tahun....so mami simpan elok2......





Dibawah ni adalah borang Tuntutan yang kami sediakan sebanyak 3salinan..sesalinan telah pun selamat sampai ke Pihak Penentang menggunakan Pos Berdaftar.....



Selesai wat pos berdaftar..,simpan keratan ini untuk ditunjukkan pada Hari Pendengaran Kes sebagai bukti kita telah menghantar sesalinan borang tuntutan tersebut.....

Okeh!!!nak tengok kulit betul dan kulit tiruan???


v


v


v


v


v


v



Okey...ni adalah kulit betul.....FuLL GeNuine LeatheR..........




Dibawah ni pulak adalah kulit tiruan dimana penjual biasa menggunakan nama sedap2 tuk kulit2 tiruan tersebut.....


Macam yg ni Bond Leather.....Bukan kulit lembus yer!!



Jom tengok sofa kesayangan aku tu aka sofa tiruan tu ler.....



See!!!sangat sedih kan????mami beli RM2999 tau...dah budget dlm 5thn xnak beli sofa....


Tup2 dah terkeluar2 kulit tiruan tersebut.....dan..ada hikmah nyer koyak rabaks itew..!!dpt juga mami can beli sofa baru tahun ni...


Pape pun sofa ini sangat berjasa pada mami..mami sgt suka sbb sofa ni ada pocket spring..sangat sedap mcm katil tau..kalo xder spring, kompem2 sofa ni lesut kedalam bila montot2 yg lebih muatan duduk kan...huhuh...


Masa peknen Raissha sofa ini juga la yang jadi peneman mami...dok terlentang atas L-shape gebu ni......



Sedang riki2 sofa yg ada pocket spring tp murah2 skit...beli spesis Fabrik plak
le..Kalo kulit lembu mahal, la ni budget mami tuk beli sofa kulit sapi
xcukup lg....Duit tuntutan baru dpt smlm...lalalala

post signature

2011-04-14

Kisah TTPM Lagi........

PERNYATAAN TUNTUTAN YANG KAMI BUAT........


Pada 12.04.2009, saya telah membeli sebuah sofa “ L Shape” di Lxxxxxxx Sdn Bhd. Saya telah membeli sebuah sofa berkod 1022 Kulit Penuh (Full Leather ) dengan kod warna LB500 dengan harga RM 2,999.00. saya tertarik untuk membeli sofa tersebut kerana ia KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Saya diyakini oleh pekerja di Premis tersebut dengan melakukan ujian terhadap Material Sofa tersebut. Antaranya ialah, salah seorang pekerja telah menggunakan api dari lighter untuk mengesahkan sofa tersebut diperbuat daripada KULIT. Kami tertarik untuk membelinya. Ditambah pula dengan jaminan 15 tahun daripada pekerja untuk penggantian atau pembaik pulih sofa tersebut.



Pada 16.04.2009, Sofa “L Shape “ yang ditempah sampai. Pada mulanya, keadaan sofa tersebut dalam keadaan baik. Pada 1.08.2010, saya telah berpindah ke Perak. Selepas hamper 3 bulan berpindah, barulah kami tahu bahawa sofa ini bukanlah KULIT PENUH. Ini kerana, lapisan luaran sofa ini telah koyak. Selain itu, serbuk2 bewarna hitam pun terhasil dan ia tidak sepatutnya ada. Ini jauh dari sangkaan kami memandangkan apa yang kami dapati ini BUKAN KULIT. Kami difahamkan bahawa kulit adalah terdiri daripada hanya satu material dan bukannya berlapis-lapis. Lebih-lebih lagi jikalau KULIT PENUH ( FULL LEATHER ).



Kami rasaa tertipu. Sofa tersebut kami beli dengan harga RM2,999.00. Tetapi sofa yang kami dapat mungkin harganya lebih murah dari itu. Oleh itu kami menuntut hak membeli seperti yang dipersetujui iaitu Sofa L-Shape KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kami telah merujuk ke pihak Lxxxxxxx diatas barangan yang dibeli. Malangnya jawapan daripada pihaak tersebut mengecewakan. Pihak Lxxxxxx menafikan bahawa sofa tersebut bukan daripada KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kemudian kami membuat aduan ke Aduan Pengguna untuk mendapatkan penyelesaian yang sepatutnya. Tapi, hasilnya juga mengecewakan. Saya disarankan untuk menghantar sofa tersebut balik ke alamat lama ( Putrajaya ) dan pihak Lxxxxxx mahu membalut kembali sofa tersebut. Padahal, sofa tersebut sepatutnya KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Jadi masalah tersebut tidak sepatutnya terjadi.



Material KULIT PENUH ( FULL LEATHER ) tidak akan tertanggal menjadi dua material yang berlainan. Malahan kami pula yang disalahkan kerana tidak membaca kad jaminan ( Warranty Card ) yang disertakan. Masalahnya sekarang, sofa yang kami beli adalah bukan dari KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kami membayar RM 2,999.00 untuk sofa KULIT PENUH ( FULL LEATHER ) bukannya sofa jenis kulit yg lain. Aduan kami ke Aduan Pengguna tiada penyelesaian, kami teruskan ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk perhatian.




Ini adalah PERNYATAAN TUNTUTAN yang kami buat di TTPM....setelah selesai pemfailan..,kami dikehendaki menyerahkan sesalinan Pernyataan Tuntutan kpd Syarikat L...maka Syarikat L perlu membuat PERNYATAAN PEMBELAAN dlm masa 14hr dn serahkan pd TTPM...


Stori tentang Hari Pendengaran Kes akan disambung kemudian.......


2011-04-12

Kulit Tiruan

Kulit tiruan atau juga dikenali dengan nama leatherbond atau oscar ini banyak diminati kerana penampilannya yang mirip dengan kulit asli. Bezanya, bahan ini mudah sekali retak, dan daya tahannya tidak sebagus kulit asli. Bahan ini biasanya mengandungi campuran getah, dan ada pula yang terbuat dari PVC. Ketahanannya dari saat mula kita menggunakannya hanya sekitar mungkin tidak sampai setahun! Jadi jangan tertipu sewaktu membeli sofa, kerana ada sebilangan penjual yang tidak bertanggungjawab, menjual sofa dari jenis bahan pelapis luaran seperti ini sebagai kulit asli.

Satu tips bagaimana untuk mengetahui samada ada ianya kulit asli atau tidak, perhatikan secara dekat dengan teliti corak garisan yang terbentuk atas bahan tersebut. Jika kulit asli, corak tersebut tidak sekata kerana kita sedia maklum tekstur kulit lembu tidak sama pada semua bahagian permukaannya.. Namun berbeza jika ia kulit tiruan, coraknya sekata kerana ia terhasil dari cetakan yang berulang – ulang. Tapi kalau berani cuba bakar sikit.. jika seperti bau kulit terbakar, ia memang asli tapi kalau bukan jawab sendirilah dengan tokehnya!





L

post signature


Sesi Pendengaran Kes di Tribubnal....

Selesai sudah Sesi Pendengaran Kes di Tribunal semalam....






Alhamdulillah..Pihak Penentang tewas di tangan pihak tang menuntut....






Memang harus la kami menang dh Syarikat Lxxxxxxx Sdn Bhd yg MENIPU kami!!






Skrg ni tgh menunggu "Cash Money" kami...xbanyak pun just RM2999.00...






Walaupon xbanyak, itew adalah hak kami...






(Merasa juga aku masuk mahkamah dan bersidang dihadapan org ramai dn penuntut2 yg lain )






Xsabar juga menunggu diorang mengambil kembali barangan tipu tersebut keluar dari umah kami....






Terima Kasih la juga kepada Barang tersebut yang telah memberi keselesaan kpd kami selama 2yrs....






Sedih juga yer....hurmm pengalaman dan pengajaran buat kami....




pas kuar mahkamah..,en razif diserbu wartawan..(mcm hot artis
plak xpun mcm YB pulak..kuikuikui..)nak menceritakan blk pulak..masa bersidang
agak nyer diorg xbape nak paham kot apa yg kami sembangkan....

post signature

2011-04-06

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia...Moga kami menang!!

Wah kalo tengok tajuk, macam best jer..tp adakah anda faham apa itu TTPM? Fungsi TTPM? Kalau nak tau tentang TTPM bleh la baca disini yer...mana la tau kalo kawan2 pun ada masalah dan tidak tahu cara nak settledoWn the Problem....in case jadi mcm kitaorg, hurmm rugi oOO kalo xambil tindakan!! Ya Betul !!kami telah membuat satu tindakan bijak..pada 11/04 nnt, kami akan masuk court tuk mempertahankan hak kami!! Diharap kemenangan akan berpihak kepada kami....doakan kami yer kawan2 semua... Jangan ditanya atau pikir apakan masalah kami...heheh...nnt dh settle suma mami akan stori mori disini.....tunggu....
Semua pendengaran di hadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai ...Agak segun disitu....ada sapa2 nak follow??ekekek..xpayah laa...
post signature