Nuff

Blogger2

2011-04-12

Kulit Tiruan

Kulit tiruan atau juga dikenali dengan nama leatherbond atau oscar ini banyak diminati kerana penampilannya yang mirip dengan kulit asli. Bezanya, bahan ini mudah sekali retak, dan daya tahannya tidak sebagus kulit asli. Bahan ini biasanya mengandungi campuran getah, dan ada pula yang terbuat dari PVC. Ketahanannya dari saat mula kita menggunakannya hanya sekitar mungkin tidak sampai setahun! Jadi jangan tertipu sewaktu membeli sofa, kerana ada sebilangan penjual yang tidak bertanggungjawab, menjual sofa dari jenis bahan pelapis luaran seperti ini sebagai kulit asli.

Satu tips bagaimana untuk mengetahui samada ada ianya kulit asli atau tidak, perhatikan secara dekat dengan teliti corak garisan yang terbentuk atas bahan tersebut. Jika kulit asli, corak tersebut tidak sekata kerana kita sedia maklum tekstur kulit lembu tidak sama pada semua bahagian permukaannya.. Namun berbeza jika ia kulit tiruan, coraknya sekata kerana ia terhasil dari cetakan yang berulang – ulang. Tapi kalau berani cuba bakar sikit.. jika seperti bau kulit terbakar, ia memang asli tapi kalau bukan jawab sendirilah dengan tokehnya!





L

post signature


No comments:

Post a Comment