Nuff

Blogger2

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

2011-10-11

Mari Baca...

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: Baca dan hayati kisah di bawah ini.... Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.




Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Copy From : FB Liya hanif..By Dunia Mcm2..

2011-10-07

Penyakit Strok...

Takutnya bila baca artikel tentang Penyakit Strok..merbahaya la sangat..elok juga aku terjumpa artikel ni, bleh jugak share ngan kengkawan dalam blog ni..jom kita baca...




1.Apakah itu strok?

Strok adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.



2.Simptom-simptom strok


1.Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba

2.Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba

3.Sakit kepala yang melampau

4.Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil

5.Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

6.Hilang ingatan.



3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami strok. Bercakap, Lambai dan Senyum


Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.

Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?

Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.

Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!





4.Strok: Masa= Kerosakan Tisu Otak
Sel-sel otak merupakan organ yang paling banyak memerlukan oksigen. Sekiranya oksigen tidak disalurkan ke tisu-tisu otak. Sel-sel otak akan mati dengan cepat dan ini merupakan salah satu faktor utama pesakit-pesakit menjadi lumpuh dan tidak mampu melakukan apa-apa.



5.Diagnosis Strok

Sebelum sampai di bahagian Kecemasan hospital, perkara pertama yang akan dilakukan adalah

dengan mengenal pasti jenis strok yang dihadapi oleh pesakit. Terdapat dua jenis strok dan ia

tidak di rawat dengan cara yang sama. CT scan akan membantu doktor untuk mengenal pasti simptom yang berlaku sama ada disebabkan pendarahan ataupun salur darah yang tersumbat.




6.Ischaemic Strok

Strok yang paling kerap berlaku adalah ischaemic strok. hampir 9/10 pesakit jatuh dalam kategori ini. Penjahatnya ialah darah beku yang menyumbat salur darah di dalam otak. Darah beku mungkin terbentuk serta merta ataupun ia terbentuk di tempat lain.



7.Strok Berdarah

Kurang kerap berlaku tapi peratus kematian disebabkan strok berdarah adalah tinggi. Maka berhati-hati dengan strok jenis ini. Ia berlaku disebabkan saluran darah yang menjadi lemah dan pendarahan di dalam otak sukar untuk berhenti.





8.Strok Mini: Transient Ischaemic Attack

TIA atau transient ischaemic attack boleh dikatakan sebagai warning yang kita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat strok berdarah mahupun ischaemic. Maka bila anda mahupun keluarga mengalami situasi di mana muka terherot dan pengsan yang sementara tanpa melibatkan lumpuh anggota, anda harus kawal darah tinggi anda. Situasi ini berlaku apabila aliran darah berhenti sementara di otak dan pada beberapa ketika aliran darah kembali mengalir di otak.


9. Apa yang menyebabkan penyakit strok?


Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.


10. Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik


Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Termasuklah:

1.Tekanan darah tinggi

2.Tinggi kolesterol

3.Penyakit Kencing manis

4.Kegemukan

Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.


11. Cara hidup yang tidak sihat

Faktor lain seperti merokok, kurang bersenam dan alkohol menyumbang kepada risiko penyakit strok. Maka ubah cara hidup anda.



12. Pemakanan yag tidak sihat

Ketahuilah bahawa pemakanan sangat penting dalam menjamin kesihatan anda. Pemakanan yang berminyak, banyak lemak semuanya tidak sihat untuk badan anda. Makanan yang mempunyai banyak garam juga sepatutnya di elakkan. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur -sayuran. Anda mungkin memandang remeh tentang perkara ini tetapi sekiranya ia berlaku, anda mungkin menyesal dikemudian hari.


13. Faktor risiko yang tidak dapat dikawal.

Terdapat faktor lain yang mungkin diluar kawalan anda seperti keturunan kerana keturunan juga memainkan peranan dalam menyebabkan strok.



 14. Rawatan Kecemasan

Untuk ‘ischemic strok’ rawatan yang paling utama adalah untuk memastikan saluran yang tersumbat tersebut kembali pulih. Untuk strok berdarah, ia mungkin sukar untuk diuruskan kerana darah tinggi, pendarahan dan pembengkakan otak perlu dikawal.




15. Strok pada jangka masa panjang

Ia bergantung kepada doktor untuk memberi rawatan secepat yang mungkin supaya keadaan tidak menjadi lebih memudaratkan. Dan kerosakan strok bergantung kepada bahagian otak di mana strok tersebut berlaku. Perkara yang sering berlaku adalah lumpuh di sebahagian badan atau secara keseluruhan, masalah untuk berjalan, buta, masalah untuk bercakap dan memahami. Segala masalah ini boleh menjadi kekal sekiranya tidak dirawat dengan cepat.



16. Rehabilitasi: Terapi percakapan

Rehabilitasi merupakan cara yang terbaik untuk pesakit kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kepada yang mengalami maasalah bercakap, pakar terapi akan membantu termasuk juga dalam membantu dalam menelan makanan sekiranya pesakit mempunyai masalah tersebut.



17. Terapi fizikal

Lumpuh dan lemah otot adalah kerap berlaku. Terapi fizikal merupakan cara yang efektif untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan otot serta latihan melakukan aktiviti-aktiviti yang kecil seperti menulis, butang baju dan sebagainya.


18. Terapi komunikasi

Sudah pasti apabila pesakit mengalami strok, mereka mungkin mengalami gangguan emosi dan tekanan. Pakar psikologi akan bertindak sebagai kaunselor kepada mereka supaya mereka boleh menghadapi penyakit ini dan berudaha untuk meneruskan kehidupan.


19. Jaga cara hidup sihat anda!

Anda sudah pun tahu mengenai faktor risiko mengenai strok. Maka jagalah cara hidup anda. Cuba untuk berhenti merokok dan sentiasa bersenam. Kalau malas berlari pun anda boleh berjalan. Kurangkan pengambilan alkohol dan garam. Makan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan.



20. Makan ubat yang diberi oleh doktor.

Mereka yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap strok, doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat yang dikenali sebagai ‘ubat cair darah’. Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah tersebut.



21. Pembedahan

Terdapat juga pembedahan yang dilakukan untuk mencegah strok. Tetapi saya tidak pasti sama ada ia ada dilakukan di Malaysia ataupun tidak.



22. Pembedahan ‘balloon and stent’

Prosedur yang dikenali sebagai ‘angioplasty’ boleh juga dilakukan. Ia melibatkan satu bahan di masukkan ke dalam arteri untuk meluaskan saluran darah tersebut bagi mengelakkan ia tersumbat menggunakan ‘balloon’. Tiub besi(stent) kemudian dimasukkan supaya dapat menampung setelah arteri tersebut diluaskan




23. Hidup selepas strok

lebih dari separuh pesakit strok kembali melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa dan mereka sudah boleh menjaga diri mereka. Terapi, rehabilitasi, rawatan yang cepat, dan penjagaan pemakanan boleh membantu pesakit untuk mendapatkan kehidupan yang sihat.


sumber : sini


post signature

2011-06-01

Meh Kira Tarikh Kesuburan & Due date Anda!!!

A da sapa2 planning nak peknen tak?sila angkat tangan kanan.....



Ada juga ke yang suka suki plan nak deliver bulan apa? sila angkat tangan kiri....ya..saya memang mcmtu...asal nak peknen kena tengok dulu jadual saya ni.....mari sini kita share together2 apa yang selalu mami rancangkan tue....

Kan senang kalo kita tau bila kita akan bersalin?maksudnye kita pilih sendiri la...mmg la kita akan tau tarikh kita bersalin bila kan...paham ke apa yg aku tulis ni?kalau aku la kan, jika diizin Allah, aku mau semua anak2 aku lahir pada bulan 10 @ Oktober...sama bulan dengan daddi diaorang...

Ya..,setakat ini, kedua2 anak mami lahir pada bulan yang sama..tp nak dpt tarikh yg sama mmg xbleh nak dirancang lah! why?? sebab tarikh tu depends on ur period date..jd period ni kita mana bisa mau mengejas nyer kan?jadi nak dpt bulan yg sama tu insyaallah..tu pun kalo period anda stabil la every mth..

Jadi untuk mendapatkan kelahiran pada bulan 10 @ oktober, mami just check tarikh di bulan januari...contoh kita amik tarikh 1st day period kan...kalo mami period nyer 2/1..,maknanyer mami akan bersalin pd 9/9....itu contoh masa mami peknen si raissha aritu...nak dpt hasil lak tu kena try la pada hari subur yakni 16/1...(refer jadual yer)...aku mmg try sekali je bln tu..ingatkan xda harapan nak lekat..tp rezeki Allah..Alhamdulillah..kita pun xleh nak kompiden sgtkan..kita ni merancang je..pape pun hasil, Dia yg tentukan....Actually dua hari sebelum tarikh subur2 yg aku taip tu, dh bleh dikatakan subur tp yg aku dh senaraikan tu, mmg kuatla kesuburan kita time tue.....

Cuba la kalau korang rasa nak plan kelahiran...aku just share je mana tau ada yg mcm aku suka plan dulu...xpun ada juga yg xnak plan2 kan..xkisah la ikut diri sendiri...mami gigih siapkan jadual tu dr bulan januari hingga disember...so selamat mencuba...

Jangan salahkan aku kalo x jadi ek..aku just kongsi apa yg aku lalui..kalo xsubur pun, dia nak lekat, lekat juga kan..tp aku ikut aja jadual ni..senang cerita....baru la ikhlas nak menerima kelahiran..bukan terkejut tetiba je lekat...so kita dh tau kita sbb kita yg plan...okes...

Refer je la jadual ni yer...











post signature

2011-02-23

Tanda2 Anda Terkena Sihir.....Betul ke ni??

B

etul ke ni?? Jom Baca...

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri

Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.



Credit to tafsirmimpi.wordpress.com



Hukum Cukur jambul Bayi @ Bercukur Rambut......

Persoalan yang kadang2 memeningkan kepala...tp setau aku mmg xwajib..,tp menda ni kadang2 nmpk mcm wajib..apa pendapat korg???

Aku jd serba salah pulak bila orang tanya..." kamu dh buat ke majlis cukur jambul?" atau.."baby kamu dh cukur rambut ke??"

C


amana?? Kalau ikut aku..,mmg aku xnak bb ni di cukur rambut nyer..Khalis dulu pernah buat majlis cukur jambul..tp kali ni aku xnak la buat..dulu dh pernah cukur kali ni xyah la cukur..

Rambut anak2 aku ni mmg jenis rambut halus dn lambat tumbuh...tgk je gambo2 Raissha kat bwh ni, suma rambut ori sejak dlm perut lg...sayang la kalo nak dibotakkan...rasanya tahun depan baru dia ada rambut kalo aku botakkan....






B


agi memuaskan hati, aku pun rajin2 kan lah diri membaca web site2 yang bleh menjawab isu tersebut.....kalo nak tau serba sikit pg la baca kat web ni....

http://www.yussamir.com,
http://shuhmy.multiply.com
http://halaqah.net

kalo ada sapa yang nak bg pendapat pun bleh jugak...apa salah nyer kalo nak kongsi pendapat...tp saya mmg nekad kali ni xmau cukur rambut bb....ok kot kan??

2011-01-11

Misi Mengurangkan Kolestrol dgn Sunflower Oil....

Salam....

Sejak2 menetap diPerak ni, jarang2 aku ber blog...Tahap kemalasan yg maxsimum nak menaip dn berkongsi cerita, wlaupun kadang2 byk masa terluang..

Kali ni aku ada la sedikit kerajinan nak menaip...

Ni kisah penggunaan myk masak biasa kepada minyak masak tanpa kolestrol...sejak berpindah ke Perak, inilah minyak masak yang aku guna untuk memasak..

Semua ni gara2 terpengaruh dgn mak aku..mak mmg guna myk msk tanpa kolestral..tp brand lain, xsama dgn brand yg aku guna ni..

Mula2 saja try guna myk Olife Sunflower Oil ni..Lama2 rasa sedap pulak xde beza sgt dgn yg berkolestral..Salah satu sebab utama aku guna ni pasal my Encik Razif dh bertambah membesar..so xnak tambah kolestral dlm masakan..mana bleh elak, aku cuba la elakkan..tp kalo dia sendiri yg menambah kolestral...,emmm apakan daya...

Dibawah ni la gambo minyak yg aku guna tu..Botol dia pun aku suka..sgt menarik..tutup dia pun senang je xyah tanggal2, flip jer...xde jatuh2..heheh.

Nota : Dulu sekali-sekala je beli myk Sunflower oil..tp skrg jd pengguna tegar menggunakan myk Olife Sunflower ni....u ols try la..



post signature

2010-02-10

Pentingnya Zat Gizi Yg Terkandung Dlm Susu Formula....

Aku yakin masih ramai ibubapa yang jahil akan kandungan susu formula..apa dan untuk apa??sama2 kita menambahkan ilmu pengetahuan...Dibawah ni aku senaraikan beberapa kandungan tambahan yang ada dalam produk susu formula:

1. AA (Asam Arakidonat) - DHA (Dokosaheksaenoat)

Merupakan komponen dari AA esensial yang terdapat di otak. Komponen ini merupakan asam lemak rantai panjang atau istilahnya LCPUFA ( Long Chain Polyunsaturated Fatty Acids ).

Manfaat :
Untuk tumbuh kembang otak. Penting bagi perkembangan saraf di otak, terutama pembentukan jaringan lemak otak ( mylenisasi ) dan interkoneksi antarsaraf di otak. Selain untuk perkembangan organ penglihatan yang optimal dan pertumbuhan jaringan tubuh serta prostaglandin. Kekurangan AA dan DHA akan berimbas pada perkembangan fungsi mental dan intelektualnya.

2. Karoten

Terdapat dalam jaringan dan cairan tubuh manusia termasuk ASI.

Manfaat :
Untuk meningkatkan kekebalan tubuh, memelihara sel-sel sihat dan melindungi bahaya kumulatif radikal bebas.


3. Selenium

Merupakan salah satu unsur mineral.

Manfaat :
Mineral yang berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh sekaligus berfungsi sebagai antioksidan


4. Sphingomyelin

Sejenis fosfolifid yang terdapat pada ASI yang merupakan komponen utama dalam proses pembentukan selubung myelin otak.

Manfaat :
Selubung myelin ini berperanan penting dalam mempercepat rangsangan dari satu sel saraf ke sel saraf lain.


5. Nukleotida

Senyawa dimana asam nukleat diuraikan pada hidrolisa, terdiri dari basa nitrogen, gula dan golongan fosfat.

Manfaat :
Meningkatkan sintesa LCFUFA, meningkatkan kekebalan tubuh, meningkatkan hifidobakteria di usus, menurunkan kejadian diare dan membantu absorpsi zat besi.


6. Laktoferin

Protein yang umum terdapat dalam susu.

Manfaat :
Suatu glikoprotein yang berfungsi meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan bakteri berbahaya dengan mengikat zat besi yang dibutuhkan bakteri tersebut sebagai sumber makanan.


7. Laktulosa

Iaitu prebiotik yang membantu meningkatkan pertumbuhan bifidobakteria atau bakteri menguntungkan.

Manfaat :
Membantu kesihatan sistem pencernaan dan memperbaiki penyerapan zat gizi. Selain menghasilkan vitamin-vitamin yang berguna bagi tubuh dan zat asam yang mampu membunuh bakteri jahat.


8. Asam Linoleat (Omega 6) dan asam Linolenat (Omega 3)

Adalah prekursor AA dan DHA dan merupakan bagan dari asam lemak.

Manfaat :
DHA bisa disintesa di dalam tubuh bila ada asam linoleat dan asam linolenat yang langsung masuk ke tubuh kemudian dimetabolisme sehingga menjadi DHA. Fungsi Omega 3 lainnya adalah membuat lentur pembuluh darah, menghindari terjadinya vlak atau sumbatan pada pembuluh darah. Kecenderungan ini terjadi pada penderita penyakit jantung koroner dan pembuluh darah.


9. FOS ( Fructo Oligo Saccharide )

Salah satu bahan yang bisa menjadikan atau membentuk flora usus yang baik. Umumnya berasal dari gula buah-buahan.

Manfaat :
Berfungsi untuk membantu meningkatkan flora usus, menekan perkembangan bakteri patogen dan meningkatkan daya tahan tubuh.


10. Zat besi

Salah satu mineral yang dibutuhkan tubuh.

Manfaat :
Merupakan salah satu mineral yang berfungsi untuk pembentukkan sel darah merah. Selain berperan dalam mylenisasi otak dan peningkatan daya konsentrasi.


11. Probiotik

Probiotik iaitu mikroorganisme atau bakteri seperti lactobasiles untuk mendesak bakteri patogen.

Manfaat :
Membuatkan usus lebih sihat, dan proses pencernaan berjalan baik.


13. Prebiotik

Adalah serat makanan golongan karbohidrat yang dapat menstimulir pertumbuhan bakteri probiotik, terutama bifidobakteria dan laktobasilus yang bermanfaat. ASI juga mengandung berbagai macam karbohidrat dalam bentuk oligosakarida yang tak dapat diserap usus halus tapi baik untuk pertumbuhan koloni bifidobakteria di usus besar bayi.

Manfaat :
Untuk mencegah sembelit.

Nota : Betapa pentingnya kesemua gizi2 itu untuk anak kita..

post signature

Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini munkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.


Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.

Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.




post signature

Petua Anak Pintar.....

Semua orang nak anak pintarkan?setiap apa yg kita mahu tidak datang bergolek...bukan sekadar ckp ataupon angan2..tetapi kita mesti berusaha...

Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Ibu hendaklah sihat, keadaan mentalnya stabil (penting ni), sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan memang dirancang serta dinantikan. Bacalah setidak2nyer Bismillah sebelum bersetubuh. Kalau boleh atau sempat suami doalah dahulu...Tp kalo yg menjadi disebabkan "ter" itu xtau la..

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Untuk ibu2 yg tidak boleh menelan menda2 diatas, perlulah anda telan pil ajew..kan senang..

Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.Tapi zaman moden ni..aku buat cara aku dgn mengurangkan bg dgr soft music dan aku tukarkan kepada bacaan ayat2 quran etc surah kursi atau sbgainyer selain drp bayi tu mendengar suara ibu dia yang membacakan surah2 tersebut...

Setelah kelahiran pulak..,dinasihatkan ibu2 memberi bayi mereka minum susu sebaik2 nyer susu ibu..Macam saya, kekurangan susu ibu sebelum ni..Jd saya memberi Khalis minum susu formula. Bercerita mengenai susu formula..,Jangan sesekali memberi bayi atau kanak2 dibawah 3thn minum susu selain susu yg sesuai mengikut peringkat umur supaya dpt memilih susu formula yang tepat juga perlu supaya bayi tidak bermasalah dgn susu tersebut. Tentunya, apa saja kandungan gizi pada susu formula tersebut perlu Anda ketahui.

Memilih susu formula untuk bayi, tak semudah yang dibayangkan. Apalagi sekarang begitu banyak produk susu formula yang ditawarkan, dari yang biasa sampai berlabel mengandung zat gizi tambahan yang penting untuk bayi.

Sayangnya, kebanyakan dari kita tak paham dengan istilah-istilah zat gizi yang terdapat dalam susu formula tersebut. Itulah mengapa, banyak ibu yang akhirnya jadi bingung, harus memilih susu formula seperti apa yang tepat untuk sang buah hati tercinta. Ada pula yang sayang duit nak belikan susu sepatutnya kepada anak mereka dan hanya memberi susu yang tidak sesuai dgn anak mereka..Kalau dilihat dari mata kasar, memang betul anak itu sihat tetapi adakah sihat itu mempengaruhi perkembangan minda kanak2 itu sendiri???jawab sekarang....Jadi dgn adanya sedikit info ini..pilihlah susu yang seswai untuk anak2 anda...

Setiap usaha hendaklah dilakukan dgn ikhlas...insyaallah mudah2an berkat.......

Nota : susu anak2 kita perlulah mengandungi DHA,AAA,Imminurfortis dan lain2 lagi....jgn suka2 bg yg special pulak walhal xmendatangkan kebaikkan pd anak2....



post signature

2009-07-07

++Ubat Tambah Darah++

Hai kwan2...ni nak promote ubat penambah darah especially for pregnancy woman...so sesapa ibu-ibu or mom to be yg kekurangan darah or 'hb' turun dan turun..,bleh la mendapatkan ubat penambah darah ini di Farmasi..dptkan nasihat doktor yer...

Actually ubat penambah darah ni mak aku yg memula mkn time dia peknenkan adik aku yg kembar..so apabila dua bbe didlm worm..,kan ke xcukup darah lg tu...jd doktor yg merawat mak aku suggest spy abah aku mendapatkan ubat ini di farmasi..hospital kerajaan tidak supply ubat ini..mahal skit ler..tp still mampu dibeli..xder ler mahal mana pon..kalo mak aku still xckp darah,doktor akan memasukkan darah..Doktor kata masuk darah sakit baik awak cari pil nih...so abah aku pon carila kat farmasi..

Masa aku peknen aritu..,hb aku pon turun gak..setiap kali checkup..,setiap kali tu la bacaan nyer menurun..so tiba tang 'hb' aku bwh 9..,apa lg kelam kabut bgtau mak aku...mkn ubat yg doktor bg mmg xckp menampong darah tu..mkn hati ke kerang ke mmg lambat kdg2 xnmpk perubahan..so bpk aku pos ler dr Perak ke Cni..Aku mkn xsampai 5 biji mmg 'hb' naik semula dan tahap ok...pastu aku stop la mkn ubat nih...

Kat bwh ni ada gambar ubat tersebut....


Ni closeup ubat Penambah darah..nama nyer SANGOBION...Jangan takut capsule ini senang ditelan..xpahit coz dlm sarung..jgn telan plak sarung luar nih...hihihi...haa pilih ler nk makan pil atau nk enjet masuk darah???isshh takut aku...


post signature

2009-05-27

Wanita Bujang Harus Menyusu Anak Angkat???

Petikan ni diambil daripada wordpress....
Harap ianya menjadi info yg berguna untuk kita semua.....


SAYA seorang wanita bujang berumur 47 tahun yang bekerjaya. Saya tidak berkahwin kerana ada beberapa masalah peribadi dan ia bukan kehendak saya. Dalam umur yang sudah mendekati senja, saya berasakan peluang untuk berkahwin amat tipis. Saya berhasrat untuk mencari anak angkat sebagai pengisi kesunyian.
Baru-baru ini saya mengambil anak angkat seorang bayi lelaki daripada seorang remaja yang terlanjur dan sudah insaf. Saya menasihatkan remaja terbabit supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kini remaja itu sudah kembali ke rumah ibu bapanya dan menyambung pelajaran.

Saya amat bersyukur dengan rezeki Allah. Saya bercita-cita menjadikan bayi lelaki ini sebagai ‘anak saya’ sebenar, agar satu masa nanti tidak timbul masalah ‘mahram’ dan ‘aurah’ apabila dia dewasa kelak.
Saya menghubungi seorang doktor pakar mengenai penyusuan bayi bagi wanita yang belum berkahwin. Katanya, walaupun saya belum pernah berkahwin tetapi perkembangan sains kedoktoran masa kini boleh memberikan sejenis hormon penggalak yang berupaya mengeluarkan susu daripada seorang wanita yang belum berkahwin.
Persoalan saya ialah apakah pandangan Islam dan persepsi budaya Melayu mengenai perkara ini (wanita bujang menyusukan bayi)?

Ibu ingin tahu Kg Tunku, PJ
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISLAM tidak melarang umatnya mengambil anak angkat. Dengan niat dan cara yang betul, memelihara anak angkat boleh menjadi amal salih yang dapat membekalkan pahala berterusan menjangkau ke alam barzakh dan akhirat.

Pengambilan anak angkat oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan dan kemasyarakatan sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah sosia. Dengan kata lain, amalan mengambil anak angkat memenuhi keperluan secara timbal balik dan memenuhi naluri keibuan dalam jiwa setiap wanita.

Namun, tidak semua wanita dianugerahi cahaya mata. Maka, mengambil anak adalah penyelesaian baginya. Dan dari segi yang lain pula ia memberi peluang kepada anak yang tidak mempunyai tempat bernaung kerana kematian ibu bapa, kemiskinan dan sebagainya mendapat pembelaan sewajarnya.

Mengenai hukum wanita bujang menyusukan anak angkat, fuqaha pernah membincangkannya dalam bab – adakah disyaratkan wanita yang menyusukan itu disetubuhi (bersuami) dan mencapai usia tertentu atau tidak?
Ulamak, Mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hambali berpendapat, wanita yang menyusukan bayi itu tidak disyaratkan berkahwin dan disetubuhi. Jika payu dara seorang dara mengeluarkan air susu, dan susu itu diminum oleh bayi, maka berlakulah hurmah (haram berkahwin) antara wanita itu dan kerabatnya dengan bayi itu seperti haram dengan sebab hubungan nasab.

Mengenai usia wanita yang menyusukan, mereka menyatakan disyaratkan usia wanita itu tidak kurang sembilan tahun kerana kemampuan mengeluarkan susu adalah berkaitan dengan kemampuan mengandung dan melahirkan anak. Kanak-kanak bawah sembilan tahun tidak boleh dikatakan sudah mampu (dari segi fizikal) melahirkan anak.
Dari segi persepsi budaya Melayu, apa yang saya perhatikan ia sering berubah-ubah dan tidak semua berlandaskan hukum syarak. Sesuatu yang pada suatu masa dianggap jelek, bertukar menjadi baik pada masa yang lain. Justeru, apa yang penting adalah hukum Allah SWT kerana Dialah satu-satunya yang berhak menentukan halal atau haram sesuatu perkara.

(Jawapan disediakan Oleh Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita JIM. Untuk persoalan dan jawapan bagi isu-isu yang lepas, boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com)

post signature