Nuff

Blogger2

2010-02-10

Petua Anak Pintar.....

Semua orang nak anak pintarkan?setiap apa yg kita mahu tidak datang bergolek...bukan sekadar ckp ataupon angan2..tetapi kita mesti berusaha...

Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Ibu hendaklah sihat, keadaan mentalnya stabil (penting ni), sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan memang dirancang serta dinantikan. Bacalah setidak2nyer Bismillah sebelum bersetubuh. Kalau boleh atau sempat suami doalah dahulu...Tp kalo yg menjadi disebabkan "ter" itu xtau la..

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Untuk ibu2 yg tidak boleh menelan menda2 diatas, perlulah anda telan pil ajew..kan senang..

Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.Tapi zaman moden ni..aku buat cara aku dgn mengurangkan bg dgr soft music dan aku tukarkan kepada bacaan ayat2 quran etc surah kursi atau sbgainyer selain drp bayi tu mendengar suara ibu dia yang membacakan surah2 tersebut...

Setelah kelahiran pulak..,dinasihatkan ibu2 memberi bayi mereka minum susu sebaik2 nyer susu ibu..Macam saya, kekurangan susu ibu sebelum ni..Jd saya memberi Khalis minum susu formula. Bercerita mengenai susu formula..,Jangan sesekali memberi bayi atau kanak2 dibawah 3thn minum susu selain susu yg sesuai mengikut peringkat umur supaya dpt memilih susu formula yang tepat juga perlu supaya bayi tidak bermasalah dgn susu tersebut. Tentunya, apa saja kandungan gizi pada susu formula tersebut perlu Anda ketahui.

Memilih susu formula untuk bayi, tak semudah yang dibayangkan. Apalagi sekarang begitu banyak produk susu formula yang ditawarkan, dari yang biasa sampai berlabel mengandung zat gizi tambahan yang penting untuk bayi.

Sayangnya, kebanyakan dari kita tak paham dengan istilah-istilah zat gizi yang terdapat dalam susu formula tersebut. Itulah mengapa, banyak ibu yang akhirnya jadi bingung, harus memilih susu formula seperti apa yang tepat untuk sang buah hati tercinta. Ada pula yang sayang duit nak belikan susu sepatutnya kepada anak mereka dan hanya memberi susu yang tidak sesuai dgn anak mereka..Kalau dilihat dari mata kasar, memang betul anak itu sihat tetapi adakah sihat itu mempengaruhi perkembangan minda kanak2 itu sendiri???jawab sekarang....Jadi dgn adanya sedikit info ini..pilihlah susu yang seswai untuk anak2 anda...

Setiap usaha hendaklah dilakukan dgn ikhlas...insyaallah mudah2an berkat.......

Nota : susu anak2 kita perlulah mengandungi DHA,AAA,Imminurfortis dan lain2 lagi....jgn suka2 bg yg special pulak walhal xmendatangkan kebaikkan pd anak2....



post signature

No comments:

Post a Comment