Nuff

Blogger2

2011-08-01

Ya Allah!! Bertuah Nyer Mereka....

D


ua Pasang Kembar Kurniaan Teristimewa....



Setiap kali keluar berjalan-jalan, mereka sekeluarga pasti mendapat perhatian. Soalan-soalan seperti ’Abangnya kembar, adik pun kembar? Seronoknya.. bertuah dia,’ sudah lali di telinga si ibu.

Kelahiran kembar kedua Hanis Humaira dan Husna Humaira yang seiras pada 15 Julai 2010 mengulangi sejarah kelahiran abang kembar lelaki Muhammad Harith Haikal dan Muhammad Hafiz Haikal yang juga seiras pada 12 September 2005.

Mewarisi genetik kembar daripada sebelah bapa dan ibunya, pasangan kembar adik-beradik ini memiliki cerita berbeza sepanjang berada di dalam rahim ibu. Menurut ibu, Noorazean Nuriman, 34, yang bertugas sebagai pendidik di Seri Iskandar, Perak, anak kembar pertamanya berkongsi bulan kelahiran dengan abah mereka sementara anak kembar perempuan pula berkongsi bulan kelahiran dengannya.

Cerita Noorazean, dia mengetahui hamil anak kembar pertama ketika usia kandungan empat bulan. Sementara semasa menjalani ujian imbasan anak kedua, pernah terdetik di hatinya alangkah seronoknya kalau dapat anak kembar lagi.

“Bila doktor scan, ayat yang keluar dari mulutnya, ’Oh look like twin again.’ Saya hanya mampu berkata Subhanallah. Macam tak percaya tetapi sangat seronok kerana diberi peluang hamil kembar lagi. Dalam hati berdoa dapatlah anak kembar perempuan pula kali ni. Anak-anak lelaki saya selalu berdoa mereka dapat dua orang adik kembar supaya mereka tidak perlu berebut untuk menjaganya. Saya selalu mengaminkan kata-kata mereka.”

Dua Yang Berbeza

Jika ditanya bagaimana pengalaman mengandung anak kembar? Noorazean pantas menjawab, hamil kembar pertama dia alahan teruk hingga bulan keempat tetapi kembar kedua lagi teruk dia alaminya.

“Saya mengalami muntah dan mabuk sehingga usia kandungan lima bulan. Saya boleh minum dan makan dalam pukul 5 atau 6 pagi. Saya tunggu malam baru boleh alas perut dengan air susu atau yogurt.

Masalah pedih ulu hati, kekejangan otot, kaki membengkak, cepat letih adalah masalah biasa yang saya alami,” ceritanya yang melahirkan anak kembar perempuannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Jika kembar pertama lahir genap usia kandungan 39 minggu secara normal tetapi kelahiran kembar kedua pula berlaku pada usia kandungan 34 minggu iaitu awal tujuh minggu daripada tarikh jangkaan.

“Kehamilan dan kelahiran kembar kali kedua memberi pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup kami. Pada usia 31 minggu saya alami pecah air ketuban tetapi belum ada bukaan jalan. Doktor bagi jangkaan bersalin apabila kandungan berusia sekurang-kurangnya 34 minggu iaitu berkemungkinan pada 22 Julai untuk mengelakkan risiko pada bayi.

Dua minggu ditahan di wad, dan kerap terasa kontraksi akhirnya pada 15 Julai jam 6 pagi, Noorazean ditolak ke dewan bersalin. Setelah bertarung nyawa kembar pertama selamat lahir jam 7.25 pagi diikuti kembar kedua 25 minit kemudian kerana kedudukannya yang songsang,” cerita ibu bertuah ini yang mengambil cuti 6 bulan (2 bulan cuti bersalin, 2 bulan cuti tanpa gaji dan 2 bulan cuti sekolah hujung tahun) untuk menjaga anak-anak kembarnya.

Hampir Kehilangan

Cabaran membesarkan dua pasang anak kembar sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Pada awal kelahiran, Hanis dan Husna ditahan di wad selama tiga minggu.

Selepas berat bayi melebih 1.7 kg barulah mereka dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi hampir tiga minggu berpantang di rumah, berlaku insiden yang tidak akan dilupakan oleh Noorazean dan Mohd Jurairi Sharifudin, bila mereka hampir kehilangan salah satu bayi kembar.

“Ketika menyusu, kembar pertama tiba-tiba terdiam dan tidak bernafas serta pucat. Berbekalkan tip yang diberikan doktor dan jururawat ketika di wad, kami jentik kaki baby. Insiden tersebut berulang selama tiga kali.

Bawa ke hospital terus masuk wad ICU selama empat hari. Dia terpaksa guna gas oksigen. Saya ulang alik setiap hari hantar susu perahan. Bila ada katil kosong barulah saya dan kembar kedua tinggal di wad selama dua minggu,” ceritanya yang keluar dari wad hari terakhir bulan Ramadan dan hanya menyambut raya dengan berkurung di dalam bilik sahaja demi menjaga kesihatan anak-anak.

Bercerita tentang gelagat anak-anak kembarnya, Noorazean yang seronok dan bahagia dengan keletah anak-anak yang semakin bijak dan aktif hanya mampu tersenyum sambil menambah kalau Hanis dan Husna menangis serentak sementara Harith dan Hafiz pula bergaduh, kecoh juga rumah dibuatnya.

Si abang berdua sudah boleh diharap untuk menengokkan adik sementara ibu sibuk menguruskan rutin harian di rumah. Tetapi dia tetap sentiasa memantau sebab kadang kala Harith dan Hafiz terlebih geram pada adik-adiknya.

Kongsi Tips

-Suami isteri perlu banyak bersabar, saling bantu membantu dan bekerjasama dalam menguruskan anak-anak.
-Kalau hendak keluar perlu bersiap cepat dan cekap sebelum mereka meragam sama ada lapar atau mengantuk.
-Beli stok barangan keperluan anak seperti susu dan lampin, sekali gus untuk sebulan kerana lebih jimat masa dan tenaga.
-Perlu banyak berkorban dari segi masa dan wang ringgit.
-Kena banyak bersabar menguruskan 4 kembar yang mempunyai 4 kerenah
-Banyak membaca tentang info mengenai anak kembar melalui internet.
-Membeli kelengkapan dan keperluan bayi secara beransur-ansur dan segalanya dibeli secara berganda  bermula dari bulan ke-6 kehamilan buat persiapan awal kerana risiko bersalin awal.
-Beli baju warna putih dan warna yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina.


Nota : 1. X sempat lagi nak membeli majalah Pa Ma..jd baca online dulu...

           2. Best kan mcmtu....sgt bertuah...

post signature

5 comments:

  1. bestnye.... kalau kita yg x der sejarah kembar ni dapat anak kembar.. lagi la best kan?

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. 2x beranak dah 4 ortg anak.. hihii

    btw, thanks tau, inner dah dpt taadi.. mmg cantik & suker gilerss.. hihii

    ReplyDelete
  3. f10~mmg best...ada jugak org yg xda baka kembar tp dpt kembar..ikut rezeki kan..akak ni ada adik beradik kembar, sepupu kmbr, makcik2 kmbar, tp xdpt pon bb kembar...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. intan~ye ke dh sampai..sori ye akak lmbt pos sbb sibuk skit nk keluar...tu yg lambat..tq yer joint GA..

    ReplyDelete
  5. ok je.. no hal la.. tp mmg cantik tau!! :-)

    ReplyDelete