Nuff

Blogger2

2011-04-14

Kisah TTPM Lagi........

PERNYATAAN TUNTUTAN YANG KAMI BUAT........


Pada 12.04.2009, saya telah membeli sebuah sofa “ L Shape” di Lxxxxxxx Sdn Bhd. Saya telah membeli sebuah sofa berkod 1022 Kulit Penuh (Full Leather ) dengan kod warna LB500 dengan harga RM 2,999.00. saya tertarik untuk membeli sofa tersebut kerana ia KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Saya diyakini oleh pekerja di Premis tersebut dengan melakukan ujian terhadap Material Sofa tersebut. Antaranya ialah, salah seorang pekerja telah menggunakan api dari lighter untuk mengesahkan sofa tersebut diperbuat daripada KULIT. Kami tertarik untuk membelinya. Ditambah pula dengan jaminan 15 tahun daripada pekerja untuk penggantian atau pembaik pulih sofa tersebut.



Pada 16.04.2009, Sofa “L Shape “ yang ditempah sampai. Pada mulanya, keadaan sofa tersebut dalam keadaan baik. Pada 1.08.2010, saya telah berpindah ke Perak. Selepas hamper 3 bulan berpindah, barulah kami tahu bahawa sofa ini bukanlah KULIT PENUH. Ini kerana, lapisan luaran sofa ini telah koyak. Selain itu, serbuk2 bewarna hitam pun terhasil dan ia tidak sepatutnya ada. Ini jauh dari sangkaan kami memandangkan apa yang kami dapati ini BUKAN KULIT. Kami difahamkan bahawa kulit adalah terdiri daripada hanya satu material dan bukannya berlapis-lapis. Lebih-lebih lagi jikalau KULIT PENUH ( FULL LEATHER ).



Kami rasaa tertipu. Sofa tersebut kami beli dengan harga RM2,999.00. Tetapi sofa yang kami dapat mungkin harganya lebih murah dari itu. Oleh itu kami menuntut hak membeli seperti yang dipersetujui iaitu Sofa L-Shape KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kami telah merujuk ke pihak Lxxxxxxx diatas barangan yang dibeli. Malangnya jawapan daripada pihaak tersebut mengecewakan. Pihak Lxxxxxx menafikan bahawa sofa tersebut bukan daripada KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kemudian kami membuat aduan ke Aduan Pengguna untuk mendapatkan penyelesaian yang sepatutnya. Tapi, hasilnya juga mengecewakan. Saya disarankan untuk menghantar sofa tersebut balik ke alamat lama ( Putrajaya ) dan pihak Lxxxxxx mahu membalut kembali sofa tersebut. Padahal, sofa tersebut sepatutnya KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Jadi masalah tersebut tidak sepatutnya terjadi.



Material KULIT PENUH ( FULL LEATHER ) tidak akan tertanggal menjadi dua material yang berlainan. Malahan kami pula yang disalahkan kerana tidak membaca kad jaminan ( Warranty Card ) yang disertakan. Masalahnya sekarang, sofa yang kami beli adalah bukan dari KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kami membayar RM 2,999.00 untuk sofa KULIT PENUH ( FULL LEATHER ) bukannya sofa jenis kulit yg lain. Aduan kami ke Aduan Pengguna tiada penyelesaian, kami teruskan ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk perhatian.




Ini adalah PERNYATAAN TUNTUTAN yang kami buat di TTPM....setelah selesai pemfailan..,kami dikehendaki menyerahkan sesalinan Pernyataan Tuntutan kpd Syarikat L...maka Syarikat L perlu membuat PERNYATAAN PEMBELAAN dlm masa 14hr dn serahkan pd TTPM...


Stori tentang Hari Pendengaran Kes akan disambung kemudian.......


2011-04-12

Kulit Tiruan

Kulit tiruan atau juga dikenali dengan nama leatherbond atau oscar ini banyak diminati kerana penampilannya yang mirip dengan kulit asli. Bezanya, bahan ini mudah sekali retak, dan daya tahannya tidak sebagus kulit asli. Bahan ini biasanya mengandungi campuran getah, dan ada pula yang terbuat dari PVC. Ketahanannya dari saat mula kita menggunakannya hanya sekitar mungkin tidak sampai setahun! Jadi jangan tertipu sewaktu membeli sofa, kerana ada sebilangan penjual yang tidak bertanggungjawab, menjual sofa dari jenis bahan pelapis luaran seperti ini sebagai kulit asli.

Satu tips bagaimana untuk mengetahui samada ada ianya kulit asli atau tidak, perhatikan secara dekat dengan teliti corak garisan yang terbentuk atas bahan tersebut. Jika kulit asli, corak tersebut tidak sekata kerana kita sedia maklum tekstur kulit lembu tidak sama pada semua bahagian permukaannya.. Namun berbeza jika ia kulit tiruan, coraknya sekata kerana ia terhasil dari cetakan yang berulang – ulang. Tapi kalau berani cuba bakar sikit.. jika seperti bau kulit terbakar, ia memang asli tapi kalau bukan jawab sendirilah dengan tokehnya!





L

post signature


Sesi Pendengaran Kes di Tribubnal....

Selesai sudah Sesi Pendengaran Kes di Tribunal semalam....






Alhamdulillah..Pihak Penentang tewas di tangan pihak tang menuntut....






Memang harus la kami menang dh Syarikat Lxxxxxxx Sdn Bhd yg MENIPU kami!!






Skrg ni tgh menunggu "Cash Money" kami...xbanyak pun just RM2999.00...






Walaupon xbanyak, itew adalah hak kami...






(Merasa juga aku masuk mahkamah dan bersidang dihadapan org ramai dn penuntut2 yg lain )






Xsabar juga menunggu diorang mengambil kembali barangan tipu tersebut keluar dari umah kami....






Terima Kasih la juga kepada Barang tersebut yang telah memberi keselesaan kpd kami selama 2yrs....






Sedih juga yer....hurmm pengalaman dan pengajaran buat kami....




pas kuar mahkamah..,en razif diserbu wartawan..(mcm hot artis
plak xpun mcm YB pulak..kuikuikui..)nak menceritakan blk pulak..masa bersidang
agak nyer diorg xbape nak paham kot apa yg kami sembangkan....

post signature

2011-04-06

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia...Moga kami menang!!

Wah kalo tengok tajuk, macam best jer..tp adakah anda faham apa itu TTPM? Fungsi TTPM? Kalau nak tau tentang TTPM bleh la baca disini yer...mana la tau kalo kawan2 pun ada masalah dan tidak tahu cara nak settledoWn the Problem....in case jadi mcm kitaorg, hurmm rugi oOO kalo xambil tindakan!! Ya Betul !!kami telah membuat satu tindakan bijak..pada 11/04 nnt, kami akan masuk court tuk mempertahankan hak kami!! Diharap kemenangan akan berpihak kepada kami....doakan kami yer kawan2 semua... Jangan ditanya atau pikir apakan masalah kami...heheh...nnt dh settle suma mami akan stori mori disini.....tunggu....
Semua pendengaran di hadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai ...Agak segun disitu....ada sapa2 nak follow??ekekek..xpayah laa...
post signature

2011-03-24

Kejadian Selepas Bersalin.......

Sebelum
membaca entry dibawah sila baca entry ini dahulu.......




8:00 p.m



Aku dihantar keluar Labour Room..keluar2 labour room tgk2 mak n razif dh siap2 masuk dlm tuk ikut nurse hntr aku msuk wad. Time tu abah xleh msuk sbb bkn time melawat..tgk muka diorg nmpk terkejut sbb tup2 aku dh bersalin..(nurse xbg tahu..jahanam betul diorg nie..)dlm pada tu mmg nmpk sonok sgt ler tmbh2 dpt gugurl. Masa ni nurse sedang tolak aku yg terbaring atas katil sambil menahan denyutan..(baru rasa sakit..)
Sampai2 atas katil kat wad, aku terasa sakit sgt pd bhgn bdn terutama bhgn bwh..aku ingat mmg bersalin normal sakit camtu..tahan la dr pas kena jahit tu..Tp sakit smkn2 sakit time atas katil tu..time tu mak suap aku mkn nasi goreng pasai lapo ler kan pas beranak..tghari tu xlalu makan..jd sambil mkn sambil tahan sakit..tp mak suap aku 2suap saja sbb nyer aku bgtau aku xtahan sakit tu, aku xbleh makan kerana terlalu sakit....

Sakit teramat-amat..mmg xtahan..aku suh mak sapu myk kat kaki..tp pelik benar ni..,kaki kiri mmg terasa sakit ya amat2..mak tgk aku pun takut time tu..aku sambil mengerang kesakitan suruh mak panggil nurse mtk ubt thn sakit..

Nurse lak sound kata beranak normal mmg ler sakit camtu..Hello!!!aku tau ni bkn sakit biasa..mmg hangin aku dgr nurse ckp camtu..Rasa nk sepak jer dia!!pastu dia bg panadol biasa..aku xmkn pun..aku suh jugak mak panggil doktor..mak pergi sendiri pgl doktor lalu doktor pelatih dtg cek anu aku..rasa mcm ada yg xkena pasal dia kata nnt nk call doktor pakar suh dtg tgk...time tu mak n razif dh kena keluar..so mak n razif blk ler sambil masing2 bimbangkan keadaan aku..aku time tu mengerang sambil kangkang dn urut2 kaki sndiri..mesti budak katil dpn nmpk anu aku..arghh!!tgh sakit, aku peduli apa..tgk le kalo nak tgk..

Sambil tunggu doktor pakar dtg, sambil aku membaca2 pelbagai ayat sambil urut2 kaki tu..sambil tu aku merungut2 jugak.." mana la doktor ni? sakit nyer mak..xtahan la...,dn mcm2 lg terkeluar dr mlut aku..org2 blk tu mesti dgr ratapan aku. Dah la blk yg ni bilik lain bkn blk asal sebelum bersalin td...org2 sebilik ni pn blm berkenalan lg ngan aku..segan gak masuk2 blk, aku terus sakit lak..

9:00 p.m

Lega bila doktor pakar dtg..Doktor selak2 kain aku, terus diaorg bisik2 dn diorg bincang mslh aku ni..xtau nk ckp sakit apa tp dokt kata ptt ler aku rasa sakit..di blah dlm anu aku nk dkt ngan peha, terdapat bengkak besar..Dia xckp le kt aku..yg dia ckp Doktor nak seluk ni, nk tgk ada apa x yg tgl kat dlm time jahit td..menjerit aku bila dia seluk ngan tgn dn raba kiri kanan blah dlm anu aku..

Xlama pastu Doktor bincang dan sepakat membuat keputusan bahawa aku kena operate plak anu..lantas soklan pertama diajukan...

Aku : "nape dokt? sakit x? bius bg saya xsedar satu bdn bleh x?"

Doktor ramai2 : " Doktor nak bukak blk jahitan td dn cek ada apa masalah kt bhgn dlm..kita xtau mgkn ada bengkak or tgl brg or bleeding...jgn risau kita akan bius..u xrasa sakit..sakit masa cucuk jer.."

Aku pun redha jer la sambil menanda tgn surat operation dn surat tmbah drh incase darah byk kuar...(dua kali dh sign surat operate time bersalin..)


so persediaan tuk kedewan bedah pun dilakukan..aku ditukar pakaian dn dipakaikan topi plastik yg org operate selalu pkai tu..Persediaan nak ke dwn bedah dilakukan..pakaian ditukar, kepala disarung topi pelastik dn aku di baringkan diatas katil tolak..sempat aku call mak n msg razif bgtau nak ke dewan bedah..diorg time tu baru jer sampai umah..umah dgn spital dlm 40minit perjalanan..apa lg, diorg naik semula kereta dn gerak semula ke spital..sian diorg..

10:00 p.m

Aku ready dah dlm dewan bedah nak dioperate..mcm biasa la, tiub air kencing dipasang, cucuk ubat thn sakit di belakang pinggang..lekat2 menda bulat kat dada..ada 5 menda bulat tu tuk lekat wayar xtau tuk apa..pastu aku dibaringkan. masa baring tu aku bgtau aku nak tido..Doktor kata ok tido la..tp kalo nk muntah or penin bgtau..Aku time disorong ke dwn bdh lg dh rasa mabuk nk terlena psal Dokt cucuk ubt thn sakit sblm ke dwn bdh..

Ketika operation dijalankan, aku berasa amat tenang..hilang kesakitan yg aku alami wlpun time tu diaorg tgh membuka jahitan dn menoreh lg bhgn bwh bg membesarkan ruang supaya senang diorg nk cek bhgn dlm..mmg sejuk je O.t tu tp aku amat selesa..xsedar dh apa diorg buat sbb ngantuk teramat sgt..tp still bleh rasa diorg gedek luas2..bukak luas..ramai nyer doktor time tu suma baik2..

12:30 a.m

Aku dibawa keluar dr ot..xsangka mak n razif dtg semula hantar aku kedlm wad..abah dn adik2 lain tgu diluar..mak n razif tersenyum bersyukur aku selamat dn dia kata wajah aku nmpk ok dr sblm tu..time ni aku mabuk mcm org bingung..xder nyer aku nk senyum tgk husben dtg wpun hakikat nyer aku gembira msa tu..ckp pun xlarat, dlm kpala pikir nk tido..bb pun aku xingat dah..yg pasti sakit pape pun xterasa pasai ubat bius ada lg...

(sian bb..,baru jumpa mami tup2 nurse sorg
masuk bilik jagaan pasai mami kena operate..susu pun bb xminum lg wpun
setitik..so nurse amik bb dn bg minum susu formula..sedih tau sbb mami sakit
time tu, xbermaya, xbleh bgn dn xdpt susukan bb yg bru keluar dr perut
mami..sori bb )


~To Be ContinuE~

nak tau mami sakit apa??punca kejadian??sila tunggu lagi.....

post signature