Nuff

Blogger2

2011-09-20

Koleksi Ben10 Khalis

A nak aku ni mmg byk genetik daddi dia..salah satu feberet menyimpan koleksi BEN10...anak aku ni mmg suka benor le pape yg ada tulis or gambo Ben 10...pakaian mmg banyak helai dah beli...Tp mahai jugak menatang ni..nmpk je kecik tp sekor mau RM36.90 kalo harga belom less..


Ok la jom berkenalan ngan mereka....






* BEN TENNYSON  *




* GRANPA MAX *




* HUMUNGOUSAUR *




* GORVAN *




* HIGHBREED *




* SPIDERMONKEY *




* ALAN @ HEATBLAST *




* KEVIN LEVIN @ KEVEN ELEVEN


Nota : seronok tgk anak seronok! suka benar bila dpt tambah koleksi..simpan baik2 jgn hilang..sayang kalo salah satu xcukup..tp byk lg ni xcomplete...otw nak complete suma karakter Ben10...

2011-08-01

Ya Allah!! Bertuah Nyer Mereka....

D


ua Pasang Kembar Kurniaan Teristimewa....



Setiap kali keluar berjalan-jalan, mereka sekeluarga pasti mendapat perhatian. Soalan-soalan seperti ’Abangnya kembar, adik pun kembar? Seronoknya.. bertuah dia,’ sudah lali di telinga si ibu.

Kelahiran kembar kedua Hanis Humaira dan Husna Humaira yang seiras pada 15 Julai 2010 mengulangi sejarah kelahiran abang kembar lelaki Muhammad Harith Haikal dan Muhammad Hafiz Haikal yang juga seiras pada 12 September 2005.

Mewarisi genetik kembar daripada sebelah bapa dan ibunya, pasangan kembar adik-beradik ini memiliki cerita berbeza sepanjang berada di dalam rahim ibu. Menurut ibu, Noorazean Nuriman, 34, yang bertugas sebagai pendidik di Seri Iskandar, Perak, anak kembar pertamanya berkongsi bulan kelahiran dengan abah mereka sementara anak kembar perempuan pula berkongsi bulan kelahiran dengannya.

Cerita Noorazean, dia mengetahui hamil anak kembar pertama ketika usia kandungan empat bulan. Sementara semasa menjalani ujian imbasan anak kedua, pernah terdetik di hatinya alangkah seronoknya kalau dapat anak kembar lagi.

“Bila doktor scan, ayat yang keluar dari mulutnya, ’Oh look like twin again.’ Saya hanya mampu berkata Subhanallah. Macam tak percaya tetapi sangat seronok kerana diberi peluang hamil kembar lagi. Dalam hati berdoa dapatlah anak kembar perempuan pula kali ni. Anak-anak lelaki saya selalu berdoa mereka dapat dua orang adik kembar supaya mereka tidak perlu berebut untuk menjaganya. Saya selalu mengaminkan kata-kata mereka.”

Dua Yang Berbeza

Jika ditanya bagaimana pengalaman mengandung anak kembar? Noorazean pantas menjawab, hamil kembar pertama dia alahan teruk hingga bulan keempat tetapi kembar kedua lagi teruk dia alaminya.

“Saya mengalami muntah dan mabuk sehingga usia kandungan lima bulan. Saya boleh minum dan makan dalam pukul 5 atau 6 pagi. Saya tunggu malam baru boleh alas perut dengan air susu atau yogurt.

Masalah pedih ulu hati, kekejangan otot, kaki membengkak, cepat letih adalah masalah biasa yang saya alami,” ceritanya yang melahirkan anak kembar perempuannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Jika kembar pertama lahir genap usia kandungan 39 minggu secara normal tetapi kelahiran kembar kedua pula berlaku pada usia kandungan 34 minggu iaitu awal tujuh minggu daripada tarikh jangkaan.

“Kehamilan dan kelahiran kembar kali kedua memberi pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup kami. Pada usia 31 minggu saya alami pecah air ketuban tetapi belum ada bukaan jalan. Doktor bagi jangkaan bersalin apabila kandungan berusia sekurang-kurangnya 34 minggu iaitu berkemungkinan pada 22 Julai untuk mengelakkan risiko pada bayi.

Dua minggu ditahan di wad, dan kerap terasa kontraksi akhirnya pada 15 Julai jam 6 pagi, Noorazean ditolak ke dewan bersalin. Setelah bertarung nyawa kembar pertama selamat lahir jam 7.25 pagi diikuti kembar kedua 25 minit kemudian kerana kedudukannya yang songsang,” cerita ibu bertuah ini yang mengambil cuti 6 bulan (2 bulan cuti bersalin, 2 bulan cuti tanpa gaji dan 2 bulan cuti sekolah hujung tahun) untuk menjaga anak-anak kembarnya.

Hampir Kehilangan

Cabaran membesarkan dua pasang anak kembar sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Pada awal kelahiran, Hanis dan Husna ditahan di wad selama tiga minggu.

Selepas berat bayi melebih 1.7 kg barulah mereka dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi hampir tiga minggu berpantang di rumah, berlaku insiden yang tidak akan dilupakan oleh Noorazean dan Mohd Jurairi Sharifudin, bila mereka hampir kehilangan salah satu bayi kembar.

“Ketika menyusu, kembar pertama tiba-tiba terdiam dan tidak bernafas serta pucat. Berbekalkan tip yang diberikan doktor dan jururawat ketika di wad, kami jentik kaki baby. Insiden tersebut berulang selama tiga kali.

Bawa ke hospital terus masuk wad ICU selama empat hari. Dia terpaksa guna gas oksigen. Saya ulang alik setiap hari hantar susu perahan. Bila ada katil kosong barulah saya dan kembar kedua tinggal di wad selama dua minggu,” ceritanya yang keluar dari wad hari terakhir bulan Ramadan dan hanya menyambut raya dengan berkurung di dalam bilik sahaja demi menjaga kesihatan anak-anak.

Bercerita tentang gelagat anak-anak kembarnya, Noorazean yang seronok dan bahagia dengan keletah anak-anak yang semakin bijak dan aktif hanya mampu tersenyum sambil menambah kalau Hanis dan Husna menangis serentak sementara Harith dan Hafiz pula bergaduh, kecoh juga rumah dibuatnya.

Si abang berdua sudah boleh diharap untuk menengokkan adik sementara ibu sibuk menguruskan rutin harian di rumah. Tetapi dia tetap sentiasa memantau sebab kadang kala Harith dan Hafiz terlebih geram pada adik-adiknya.

Kongsi Tips

-Suami isteri perlu banyak bersabar, saling bantu membantu dan bekerjasama dalam menguruskan anak-anak.
-Kalau hendak keluar perlu bersiap cepat dan cekap sebelum mereka meragam sama ada lapar atau mengantuk.
-Beli stok barangan keperluan anak seperti susu dan lampin, sekali gus untuk sebulan kerana lebih jimat masa dan tenaga.
-Perlu banyak berkorban dari segi masa dan wang ringgit.
-Kena banyak bersabar menguruskan 4 kembar yang mempunyai 4 kerenah
-Banyak membaca tentang info mengenai anak kembar melalui internet.
-Membeli kelengkapan dan keperluan bayi secara beransur-ansur dan segalanya dibeli secara berganda  bermula dari bulan ke-6 kehamilan buat persiapan awal kerana risiko bersalin awal.
-Beli baju warna putih dan warna yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina.


Nota : 1. X sempat lagi nak membeli majalah Pa Ma..jd baca online dulu...

           2. Best kan mcmtu....sgt bertuah...

post signature

2011-06-03

Pengalaman Masuk darah...........

B


etul ke kata orang, masuk darah memang sakit...dulu pernah jugak dgr mak kata, masa mak peknen kan adik yg kembar..,mak xcukup darah lalu doktor sarankan mak masuk darah..jadi aku dgr mak kata mak xnak masuk darah sbb sakit....betul ke sakit??

Tp semenjak tau yg masuk darah tu sakit, aku apa lg...setiap kali peknen, aku try la mencukupkan jugak Hb aku bg mengelakkan diri drp xcukup darah dan masuk darah...takut weh...iyer ke sakit??tu je dlm kotak pikiran aku..so time peknen mmg mami xcukup darah lalu mami pun selalu la makan ubat tambah darah ni...

Jadi masa peknen xda la masalah hb low..diminggu akhir peknen, HB mami mmg dh cantik..xda poblem..dgn hati senang, xpernah lak terpikir mami akan rasa masuk darah..dlm kepala juga xpikir lgsg dah pasal darah..tmbah2 hrp dpt bersalin normal....

Tp selepas bersalin normal then operate blk anu..,lain lak jadi nyer...mami mmg sgt2 kekurangan darah..akibat drp Hematoma( ketulan darah beku yg dibuang masa operate pas bersalin tu...) mami punya HB adalah 4 sahaja..percaya tak??sila percaya..that y mami lgsg xbleh bangun...mmg rasa lemah je setiap saat...(mami xtau lg mami xckp darah, sehingga la doktor pakar laki sorg ni tgk keadaan mami yg lemah lalu menyarankan darah mami diambil bg membuat kajian....)

Jd pada hari ke-3 pas bersalin yakni kul 11.19 mlm, selepas habis air dimasukkan, terus sambung plak masuk darah....
Ni ha gambo msuk air......ingatkan nk masuk darah, air tu dh selamat dh bleh bukak....tgk2 masuk lak lg besar punya pack air tu..masuk lak tgn kiri...hadoii seksa seksa....jadi darah lak kena la guna tangan kanan...yang tangan kanan lebih seksa kerana wayar tuk masuk darah tu amat la pendek ngam2 tgn tersadai tepi katil, xleh angkat jauh2..kalo nak angkat sekali tiang pun xleh pasai darah tu dicairkan dlm mesin kecik yg dipasang dan plug pd soket letrik kt dinding tepi katil...mak aiihh..letih la camni..

Pulak tu, bbe cot letak nyer disebelah kanan mami..bila bbe nangis mami kena angkat, bila gerak jarum yg blah kanan mula rasa nk tercabut...sakit nyer..bbe lak asik menangis xnak dok dlm bbe cot..rasa nk meroyan aku..huhuhu...bila letak kat bawah ketiak kompem2 dia nak susu badan kan?pikir la camana nak susukan dia?ngan tgn aku kanan ni ha xbleh nak gerak2..dh la xbleh nk gerak..nak duduk pun xbleh pkai jait punya byk nyer kat celah bedah bwh nun..nk duduk kena la duduk mcm org jepun, b****T jgn hrp bleh terkena pape..sakit woii..


tgk la malang sungguh!pasai memula doktor dh bukak line yg kat tepi tgn, pastu nak masuk darah kena lak buat line kat atas tgn niha..ssh kalo kat sini, menda ni asik terkulai ke dn terangkat..sakit nyer mak..~dpt bayang tak mcmana rupa bila mami angkat bbe?dah tentu la wayar ni terkulai dn nak tercabut, lalu mami cucuk sendiri jarum nyer kedalam bila rasa dh terkeluar dr tgn..sakittt!! (jarum tu, yg tertanam dlm kulit tu..bkn la jarum besi kan...)


Ni la gaya nyer darah yg masuk ke bdn mami..ada ke ptt, masuk nyer kul11.20 am..so abis masuk darah ni kul 3.30 am...semalaman mami xtido ngan bbe menangis2 nyer...siap tahan kencing lg..pas bukak je wayar, meluru pg toilet..
see ada nama Rosnizah lg kat Pack darah tu...Darah i jenis B+....nmpk tu B punyer BESAR

Yg ni Pinjam gambo dr blog tulipmalam.blogspot..dia punya wayar ni elok je kena lekat kat tgn..xda la terkulai je..bila terkulai je mau nak melalak rasanya..derita u, nak tunggu darah tu masuk badan..punya la slow ambil masa dlm 5,6jam..huh xlarat!!aku kena masuk 2pain darah time tu....darah se pack lg smbg esok nyer...

Mujur la xrasa apa!!jawapan nyer..masuk darah adalah xsakit..bg aku la.aku rasa xsakit pun...ok la..itu sahaja yg ingat nak dicerita..dah berbulan lama nyer...

post signature

2011-06-01

Meh Kira Tarikh Kesuburan & Due date Anda!!!

A da sapa2 planning nak peknen tak?sila angkat tangan kanan.....



Ada juga ke yang suka suki plan nak deliver bulan apa? sila angkat tangan kiri....ya..saya memang mcmtu...asal nak peknen kena tengok dulu jadual saya ni.....mari sini kita share together2 apa yang selalu mami rancangkan tue....

Kan senang kalo kita tau bila kita akan bersalin?maksudnye kita pilih sendiri la...mmg la kita akan tau tarikh kita bersalin bila kan...paham ke apa yg aku tulis ni?kalau aku la kan, jika diizin Allah, aku mau semua anak2 aku lahir pada bulan 10 @ Oktober...sama bulan dengan daddi diaorang...

Ya..,setakat ini, kedua2 anak mami lahir pada bulan yang sama..tp nak dpt tarikh yg sama mmg xbleh nak dirancang lah! why?? sebab tarikh tu depends on ur period date..jd period ni kita mana bisa mau mengejas nyer kan?jadi nak dpt bulan yg sama tu insyaallah..tu pun kalo period anda stabil la every mth..

Jadi untuk mendapatkan kelahiran pada bulan 10 @ oktober, mami just check tarikh di bulan januari...contoh kita amik tarikh 1st day period kan...kalo mami period nyer 2/1..,maknanyer mami akan bersalin pd 9/9....itu contoh masa mami peknen si raissha aritu...nak dpt hasil lak tu kena try la pada hari subur yakni 16/1...(refer jadual yer)...aku mmg try sekali je bln tu..ingatkan xda harapan nak lekat..tp rezeki Allah..Alhamdulillah..kita pun xleh nak kompiden sgtkan..kita ni merancang je..pape pun hasil, Dia yg tentukan....Actually dua hari sebelum tarikh subur2 yg aku taip tu, dh bleh dikatakan subur tp yg aku dh senaraikan tu, mmg kuatla kesuburan kita time tue.....

Cuba la kalau korang rasa nak plan kelahiran...aku just share je mana tau ada yg mcm aku suka plan dulu...xpun ada juga yg xnak plan2 kan..xkisah la ikut diri sendiri...mami gigih siapkan jadual tu dr bulan januari hingga disember...so selamat mencuba...

Jangan salahkan aku kalo x jadi ek..aku just kongsi apa yg aku lalui..kalo xsubur pun, dia nak lekat, lekat juga kan..tp aku ikut aja jadual ni..senang cerita....baru la ikhlas nak menerima kelahiran..bukan terkejut tetiba je lekat...so kita dh tau kita sbb kita yg plan...okes...

Refer je la jadual ni yer...











post signature

2011-04-20

Barang-Barang Bukti ~ TTPM

Mari kita tengok Camana Kitaorang boleh menang masa Pendengaran Kes!!!


Lets Check Out Bukti2 Kukuh Kitaorang......



Nampak tak dibawah ni....cer tgk betoi2...ada tulis Full Leather kan??



Ni la bukti paling penting yaitu Bukti bertulis pada Resit Pembelian Kitaorg...cakap2 mulut xpakai yer..dlm law mmg gini kan mesti ada hitam putih....


So kawan2..len kali beli pape just keep the resit elok2 hokey!!even dah bertahun beli, incase terjadi nyer kes mcmni...,kan senang.....time tu xyah nak bertekak bagai...aku ada bukti..heheh ko ada???


Selain tu, Warranty Card juga masih tersimpan rapi...ye la time beli tu kan salesperson tu ckp warranty tuk Full Leather ada 15 tahun..so kami pikir kalo kulit penuh nak tunggu kulit tu rosak mesti kurang2 dah guna 6, 7 tahun kan?? kalo x masakan warranty nyer 15 tahun....so mami simpan elok2......





Dibawah ni adalah borang Tuntutan yang kami sediakan sebanyak 3salinan..sesalinan telah pun selamat sampai ke Pihak Penentang menggunakan Pos Berdaftar.....



Selesai wat pos berdaftar..,simpan keratan ini untuk ditunjukkan pada Hari Pendengaran Kes sebagai bukti kita telah menghantar sesalinan borang tuntutan tersebut.....

Okeh!!!nak tengok kulit betul dan kulit tiruan???


v


v


v


v


v


v



Okey...ni adalah kulit betul.....FuLL GeNuine LeatheR..........




Dibawah ni pulak adalah kulit tiruan dimana penjual biasa menggunakan nama sedap2 tuk kulit2 tiruan tersebut.....


Macam yg ni Bond Leather.....Bukan kulit lembus yer!!



Jom tengok sofa kesayangan aku tu aka sofa tiruan tu ler.....



See!!!sangat sedih kan????mami beli RM2999 tau...dah budget dlm 5thn xnak beli sofa....


Tup2 dah terkeluar2 kulit tiruan tersebut.....dan..ada hikmah nyer koyak rabaks itew..!!dpt juga mami can beli sofa baru tahun ni...


Pape pun sofa ini sangat berjasa pada mami..mami sgt suka sbb sofa ni ada pocket spring..sangat sedap mcm katil tau..kalo xder spring, kompem2 sofa ni lesut kedalam bila montot2 yg lebih muatan duduk kan...huhuh...


Masa peknen Raissha sofa ini juga la yang jadi peneman mami...dok terlentang atas L-shape gebu ni......



Sedang riki2 sofa yg ada pocket spring tp murah2 skit...beli spesis Fabrik plak
le..Kalo kulit lembu mahal, la ni budget mami tuk beli sofa kulit sapi
xcukup lg....Duit tuntutan baru dpt smlm...lalalala

post signature