Nuff

Blogger2

2011-04-14

Kisah TTPM Lagi........

PERNYATAAN TUNTUTAN YANG KAMI BUAT........


Pada 12.04.2009, saya telah membeli sebuah sofa “ L Shape” di Lxxxxxxx Sdn Bhd. Saya telah membeli sebuah sofa berkod 1022 Kulit Penuh (Full Leather ) dengan kod warna LB500 dengan harga RM 2,999.00. saya tertarik untuk membeli sofa tersebut kerana ia KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Saya diyakini oleh pekerja di Premis tersebut dengan melakukan ujian terhadap Material Sofa tersebut. Antaranya ialah, salah seorang pekerja telah menggunakan api dari lighter untuk mengesahkan sofa tersebut diperbuat daripada KULIT. Kami tertarik untuk membelinya. Ditambah pula dengan jaminan 15 tahun daripada pekerja untuk penggantian atau pembaik pulih sofa tersebut.



Pada 16.04.2009, Sofa “L Shape “ yang ditempah sampai. Pada mulanya, keadaan sofa tersebut dalam keadaan baik. Pada 1.08.2010, saya telah berpindah ke Perak. Selepas hamper 3 bulan berpindah, barulah kami tahu bahawa sofa ini bukanlah KULIT PENUH. Ini kerana, lapisan luaran sofa ini telah koyak. Selain itu, serbuk2 bewarna hitam pun terhasil dan ia tidak sepatutnya ada. Ini jauh dari sangkaan kami memandangkan apa yang kami dapati ini BUKAN KULIT. Kami difahamkan bahawa kulit adalah terdiri daripada hanya satu material dan bukannya berlapis-lapis. Lebih-lebih lagi jikalau KULIT PENUH ( FULL LEATHER ).



Kami rasaa tertipu. Sofa tersebut kami beli dengan harga RM2,999.00. Tetapi sofa yang kami dapat mungkin harganya lebih murah dari itu. Oleh itu kami menuntut hak membeli seperti yang dipersetujui iaitu Sofa L-Shape KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kami telah merujuk ke pihak Lxxxxxxx diatas barangan yang dibeli. Malangnya jawapan daripada pihaak tersebut mengecewakan. Pihak Lxxxxxx menafikan bahawa sofa tersebut bukan daripada KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kemudian kami membuat aduan ke Aduan Pengguna untuk mendapatkan penyelesaian yang sepatutnya. Tapi, hasilnya juga mengecewakan. Saya disarankan untuk menghantar sofa tersebut balik ke alamat lama ( Putrajaya ) dan pihak Lxxxxxx mahu membalut kembali sofa tersebut. Padahal, sofa tersebut sepatutnya KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Jadi masalah tersebut tidak sepatutnya terjadi.



Material KULIT PENUH ( FULL LEATHER ) tidak akan tertanggal menjadi dua material yang berlainan. Malahan kami pula yang disalahkan kerana tidak membaca kad jaminan ( Warranty Card ) yang disertakan. Masalahnya sekarang, sofa yang kami beli adalah bukan dari KULIT PENUH ( FULL LEATHER ). Kami membayar RM 2,999.00 untuk sofa KULIT PENUH ( FULL LEATHER ) bukannya sofa jenis kulit yg lain. Aduan kami ke Aduan Pengguna tiada penyelesaian, kami teruskan ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk perhatian.




Ini adalah PERNYATAAN TUNTUTAN yang kami buat di TTPM....setelah selesai pemfailan..,kami dikehendaki menyerahkan sesalinan Pernyataan Tuntutan kpd Syarikat L...maka Syarikat L perlu membuat PERNYATAAN PEMBELAAN dlm masa 14hr dn serahkan pd TTPM...


Stori tentang Hari Pendengaran Kes akan disambung kemudian.......


3 comments:

  1. cer citer lg...hehehe..napak sgt x sabo

    ReplyDelete
  2. Raissha makin chumel la..

    Kerja menipu jer diorang ni

    ReplyDelete
  3. k.asz~ xpe nnt ros stori lg..xda perasaan lg ni nak wat entry seterusnua..bahan2 bukti pun xsnap lg...nak snap tertangguh2..hurmm pemalas kan??hihihi...

    Cik Anie~ biasala..mesti nak komisyen lebih so kena la tipu customer tuk pengaruh customer supaya membeli...promote yg baik2 je..bersungguh2 ampai kdg2 bleh cair dan terpedaya kan??cina yg menipu kami tu dh berhenti keje pun...

    ReplyDelete